Wednesday, June 18, 2008

Warga Kg Indah







Generasi baru warga Kg. Indah

Tuesday, June 10, 2008

Asal Usul Kg. Indah Pitas

Pada awal tahun 80-an, kampung ini telah mula diteroka oleh Allahyarham Hj. Matali dengan dibantu oleh En. Abdul Rauf Ibrahim. Pada asalnya kampung ini diberi nama sebagai Kg. Indarangau dalam bahasa Sungai bermaksud sebagai Indah Didengar, yang kemudiannya diubah melalui permuafaktan kampung kepada Kg Indah sahaja sehinggalah ke hari ini.
Pada mulanya bilangan penduduk kampung ini hanya terdiri lebih kurang 5 buah keluarga sahaja, mungkin kerana kampung ini terletak jauh dari Pekan Lama Pitas, tetapi kini jumlah penduduk semakin bertambah kerana Pekan Pitas (Pekan Baru Pitas) telah diubah lokasinya berdekatan dengan Kg Indah iaitu hanya 1 kilometer, bukan setakat itu sahaja, kg Indah juga telah menerima limpahan kemajuan dengan pembinaan Hospital Pitas dan juga SK Pitas II yang berada didalam lingkungan kawasan kg Indah.



En. Abdul Rauf
(kanan) bergambar bersama anak sulung beliau Pn. Rathnah (kiri) serta anak bungsu beliau (tengah), selepas menjalankan rawatan haemodialysis di pagi Hari Raya Puasa yang lalu.

Friday, June 6, 2008

Tahniah

Datuk Hj Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri Luar
Ahli Parlimen P167 Kudat

Kami seluruh kerabat warga Kg. Indah Pitas ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Hj Abdul Rahim Bakri diatas kemenangan beliau (bagi penggal ke-2) dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu serta pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Luar Malaysia. Diharap dengan pelantikan beliau, akan dapat membantu penduduk Daerah Pitas sejajar dengan wawasan beliau untuk melihat daerah Pitas maju seiring dengan kemajuan negara kita Malaysia.