Pada awal tahun 80-an, kampung ini telah mula diteroka oleh Allahyarham Hj. Matali dengan dibantu oleh En. Abdul Rauf Ibrahim. Pada asalnya kampung ini diberi nama sebagai Kg. Indarangau dalam bahasa Sungai bermaksud sebagai Indah Didengar, yang kemudiannya diubah melalui permuafaktan kampung kepada Kg Indah sahaja sehinggalah ke hari ini.
Pada mulanya bilangan penduduk kampung ini hanya terdiri lebih kurang 5 buah keluarga sahaja, mungkin kerana kampung ini terletak jauh dari Pekan Lama Pitas, tetapi kini jumlah penduduk semakin bertambah kerana Pekan Pitas (Pekan Baru Pitas) telah diubah lokasinya berdekatan dengan Kg Indah iaitu hanya 1 kilometer, bukan setakat itu sahaja, kg Indah juga telah menerima limpahan kemajuan dengan pembinaan Hospital Pitas dan juga SK Pitas II yang berada didalam lingkungan kawasan kg Indah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
adi..kasi banyak2 bak gambal tu barulah..
ba jgn lupa gambal kami..
Post a Comment